Sekitar Sukaneka SKGU 2013

1:04:00 PM


































  

JOM TEROKAI FROG VLE

12:49:00 PM


Selain hanya menyediakan platform untuk pembelajaran, FROG VLE melengkapkan guru-guru dengan sumber-sumber, idea-idea, dan tips untuk pengajaran. FROG VLE juga menyediakan pelajar platform untuk mempamerkan bakat dan kreativiti, dan juga menggalakkan kemahiran pemikiran kritikal mereka. Terokailah Frog Community Site untuk guru-guru dan The Pond untuk pelajar yang boleh diakses melalui FROG VLE. 

Ibu-bapa juga boleh mendapatkan maklumat terbaru berkenaan aktiviti sekolah di dalam parent notice board.

THE POND

Lompat ke dalam THE POND, di mana minda-minda cemerlang berkumpul dan di mana idea-idea besar yang telah dicetuskan dan dikongsi!

THE POND adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui FROG VLE dan FROG Student Champion disediakan dengan semua sumber-sumber yang mereka perlukan untuk belajar tentang FROG VLE dan membantu mereka menggalakkan penggunaan FROG VLE di kalangan pelajar sesama mereka. Bukan itu sahaja, pelajar juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan, dan tips, dan melihat apa yang telah membawa kepada kejayaan FROG Student Champion sehingga ke Wall of Fame!




FROG COMMUNITY SITE

Tapak Komuniti di dalam FROG VLE adalah ruang kepada para guru untuk belajar, menemui, dan menjadi inspirasi!

Perlu bantuan untuk bermula? Tapak Komuniti menyediakan tutorial video, panduan latihan, dan manual pengguna untuk membantu guru memperolehi kemahiran FROG VLE yang baru. Di samping itu, guru-guru boleh mendapat wawasan baru dan berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan berkongsi bersama pendidik yang lain dari seluruh negara. Guru-guru boleh mencari kumpulan mengikut subjek atau kepentingan atau boleh juga membuat kumpulan yang baru, dan menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan anda. Guru juga boleh menerbitkan blog, mesej pos, dan mengambil bahagian dalam forum.

Ia tidak pernah menjadi lebih mudah untuk terus berhubung dengan rakan pendidik!




Mulakan lompatan anda sekarang, klik di sini : https://bba7204.1bestarinet.net

Boleh juga di akses terus di Pusat Akses SK Gombak Utara. Jom kita melompat ke alam baru dunia pembelajaran. 

Terlupa YES ID atau kata laluan? sila emelkan maklumat anda ke hamili.zakaria@yes.my atau manma.nik@yes.my - atau boleh berhubung dengan cikgu hamili Penyelaras Frog Vle SK Gombak Utara atau ke Pusat Akses SKGU untuk bantuan.

Sebarang aduan dan cadangan juga adalah dialu-alukan. Pertama kalinya, setiap murid di Malaysia berpeluang menikmati kaedah pembelajaran bertaraf dunia dan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang. Alaminya sekarang.



*Sumber dari frogasia
 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA