PERTANDINGAN LAMAN KEMERDEKAAN KE-57

Dibahagikan kepada dua kategori, pertandingan laman Frog VLE kemerdekaan telah dianjurkan oleh Unit ICT Sk Gombak Utara bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di peringkat sekolah bertemakan MALAYSIA...Disini Lahirnya Sebuah Cinta

Bagi Kategori Pelajar, sebanyak 44 borang penyertaan telah diterima dari murid-murid SK Gombak Utara. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 ahli termasuk 1 ketua diberi kebenaran untuk mengubahsuai dan menghias laman yang telah dicipta oleh admin sekolah untuk setiap kumpulan mengikut kreativiti masing-masing. 5 Kumpulan terbaik akan menerima hadiah dan sijil penghargaan untuk setiap ahli. Untuk Kategori Guru penyertaan terbuka kepada semua guru-guru SKGU yang mana penyertaan dihantar terus kepada admin sekolah. 3 laman terbaik akan menerima hadiah dan sijil penghargaan.

Laman-laman ini akan dinilai oleh guru-guru kanan SK Gombak Utara berdasarkan Kreativiti, Gambar, Video, Penulisan, Widget, Tab dan Hiasan. Untuk memberi lebih tarikan, sebanyak 40% markah akan diambil daripada undian yang diadakan di laman Pertandingan Kemerdekaan ke-57. Jom undi laman kegemaran anda.

Semua guru-guru, ibubapa dan pelajar boleh memberikan undian kepada laman-laman ini. Pautan untuk ke laman tersebut di sediakan di DASHBOARD Sekolah dan juga Laman IbuBapa di FrogVLE SK Gombak Utara (seperti gambar dibawah)









Sila rujuk post blog ini untuk login bagi Ibubapa SK Gombak Utara, serta sebarang pertanyaan mengenai ID dan kata laluan Frog VLE IbuBapa dan pelajar, sila emel kepada hamili.zakaria@yes.my dan manma.nik@yes.my

Pautan ke FrogVLE SK Gombak Utara : https://bba7204.1bestarinet.net


Senarai nama kumpulan dan ketua peserta:


Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA