KURSUS : PENGURUSAN MAJLIS (PENGACARAAN) & PENGURUSAN FAIL PANITIA DAN PENGURUSAN STRATEGIK

Penyelaras Program : Pn. Salmi bt Sapaie
Tarikh : 18 April 2015
Anjuran :Unit Kurikulum Latihan Dalam Perkhidmatan
Peserta : Semua guru
Tempat : PKG Gombak


Kursus Pengurusan Majlis diadakan bagi membantu para guru bagaimana mengendalikan sesuatu majlis dan teks yang sesuai bagi pengacara majlis untuk majlis rasmi atau tidak rasmi selain mencungkil bakat-bakat para guru untuk menjadi pengacara majlis. Kursus Pengurusan Fail Panatia dan  Pengurusan Strategik diadakan untuk mendedahkan kepada para guru tentang pengurusan fail dan pengurusan strategik yang betul dan teratur.

 
Ceramah kursus pengurusan majlis telah disampaikan oleh En. Mohd Faizullah bin Buyong, Guru Besar SK Taman Setia dan penceramah bagi pengurusan fail dan strategik disampaikan oleh Pn. Siti Azlina bt Saari Penolong PPD Bahasa Melayu Menengah PPD Gombak. 


Secara keseluruhannya majlis berjalan lancar dan para guru dapat menimba banyak ilmu berkenaan dengan bidang pengacaraan majlis dan cara pengurusan fail dan pelan strategik yang terbaik daripada kursus Latihan Dalam Perkhidmatan ini pada kali ini. 









Laporan disediakan oleh : Pn. Salmi bt Sapaie
Jurugambar : En kasmidi bin Nawi

Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA