PROGRAM : ENGLISH IN CAMP 2015

4:28:00 PM
Kem


Program : English In Camp 
Penyelaras Program : Cik Fadzilah Mohd Kamal 
Tarikh  : 12 Februari 2015
Anjuran : Panitia Bahasa Inggeris
Peserta : 180 orang murid 
Tempat : Dewan Sekolah


Alhamdulillah, telah selesai dijalankan dengan jayanya bermula dengan taklimat dari Kem Komandan madam Khairul Muna bt Mahusain. Diikuti dengan aktiviti Sing Along, Poison Box, Newpaper In Education. Rehat pada pukul 10.30 pagi - 10.50 pagi bersama murid yang lain. Treasure Hunt dan Log Book Activities dijalankan selepas rehat. Murid-murid mengemas dewan dan bersurai pada pukul 1.20 tengahari.



PROGRAM : KEJOHANAN RAGBI RIMAU PERINGKAT MSSD GOMBAK

10:44:00 AM
Program : Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Gombak  
Tarikh  : 5 - 6 Februari 2015  
Anjuran : PPD Gombak
Peserta : 1 pasukan ragbi diwakili oleh 13 orang murid  
Tempat : SK (1) Gombak




Pengurus Pasukan : Ustaz Mohd Azlimi bin Ab Aziz
Pen. Pengurus Pasukan : En. Jamrey bin Ola @ Ismail
Jurulatih : En. Zakaria  bin Abdullah

Pasukan Ragbi SK Gombak Utara telah mendapat tempat ke-2 bagi kategori Final Cup menentang Sksp (skgu 5 - sksp 25). Burhanuddin dari SK Gombak Utara dinobatkan sebagai pemain terbaik Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Gombak 2015. Burhanuddin dan Mohd Aiman telah terpilih untuk mewakili pasukan ragbi negeri selangor bawah 12 tahun.



PROGRAM : ANAKKU SAYANG - TAHUN 6 2015

3:39:00 PM

Penyelaras : Pn Norziana bt Khori
Program : Program Anakku Sayang
Tarikh  : 31 Jan 2015 (Sabtu)
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Peserta : Murid Tahun 6 dan Ibu bapa / penjaga
Tempat : Dewan sekolah

Aktiviti ini telah disertai oleh 120 murid tahun 6. Seramai 55 orang murid tidak dapat hadir. Jumlah ibu bapa yang hadir ialah seramai 100 orang. Antara program-program yang dijalankan ialah pendedahan format subjek UPSR, Indoor Game, Ceramah Motivasi Ibu Bapa tahun 6, ucapan pengerusi dan ucapan penyelaras, Pembentangan Analisa Peperiksaan UPSR 2014 dan Sasaran UPSR 2015 dan sesi soal jawab. Program bermula dengan pendaftaran pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.30 ptg. 




PROGRAM : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H

12:46:00 PM

Penyelaras : En Mohd Fairul Azmi b. Salleh@Shafei
Program : Maulidur Rasul Peringkat Sek. Keb. Gombak Utara
Tarikh  : 30 Jan 2015
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam
Peserta : Semua Warga SK Gombak Utara
Tempat : Dataran perhimpunan dan dewan sekolah

Bermula ditapak perhimpunan didahului dengan acara selawat, perarakan guru dan murid memasuki dewan diiringi selawat keatas junjungan Besar Rasulullah s.a.w. Manakala acara didewan, diadakan pertandingan nasyid kategori lelaki dan perempuan, busana muslim dan muslimah tahun 5 dan pertandingan membaca khutbah terbuka. Acara majlis penutup dilaksanakan pada pukul 11.20 pagi dengan perasmian penutup oleh Guru Besar. Murid-murid dan warga sekolah disediakan jamuan makan.




 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA