TAHNIAH : PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN AKHIR RAGBI MSSM 2015 BAWAH 12 TAHUN

11:24:00 AM
Murid SK Gombak Utara Burhanuddin bin Saman yang mewakili Pasukan Ragbi Bawah-12 Selangor telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan Akhir Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2015 bertempat di Padang PNSB Shah Alam pada 20 Mac 2015. Selangor telah menewaskan Perak 20-17 untuk dinobatkan sebagai Johan Ragbi Bawah 12 MSSM 2015.





PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TAHUN SATU SESI 2016 DAN 2017

12:15:00 PM

Permohonan Pendaftaran Kemasukan Kanak-Kanak (Warganegara) ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2016 dan 2017 Sekolah Rendah Negeri Selangor.


Tarikh            : 01 Mac - 30 April 2015
Masa urusan : Isnin - Jumaat ( 8.00 pg - 4.00 ptg)
Tempat          : Pejabat sekolah SK Gombak Utara

Kelahiran pada : 

02.01.2009 - 01.01.2010 (Sesi persekolahan 2016)
02.01.2009 - 01.01.2011 (Sesi persekolahan 2017)

Sila bawa bersama :

PROGRAM : TEROKAI ALAM KERJAYA BERSAMA KIDZANIA

11:25:00 AM
Penyelaras Program : Pihak kidzania bersama pihak sekolah
Nama Program : Terokai alam kerjaya bersama kidzania
Tarikh : 5 Mac 2015
Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling
Peserta : Semua murid tahun 5


Pihak kidzania mengadakan program terokai alam kerjaya di SKGU untuk memberikan pendedahan kepada murid tahun 5 tentang dunia kerjaya yang sebenar. Pada hari tersebut murid tahun 5 telah didedahkan dengan 4 jenis pekerjaan iaitu pekerja silap mata, pekerja kitar semula, pekerjaan di mahkamah dan membaca berita. Murid-murid gembira dan teruja menjalankan aktiviti yang diadakan.




PROGRAM : PENGIKTIRAFAN AHLI KELAB DOKTOR MUDA

12:21:00 PM
Penyelaras Program : Kelab Doktor Muda
Nama Program : Pengiktirafan kepada ahli kelab doktor muda
Tarikh : 16 Februari 2015
Anjuran : Kelab Doktor Muda
Peserta : 7 Orang

Seramai 7 Orang ahli Kelab Doktor Muda mendapat 95% ke atas dalam kompetensi Doktor Muda Harapan tahun 2014. Anugerah (sijil dan lencana) diberikan pada tahun ini. 

Disampaikan oleh Pn Sapinah Omar penilaian berdasarkan :
- Kehadiran (10%), Pencapaian - Ujian Bertulis (30%), Penglibatan - Pendidik Rakan Sebaya (40%), Pengiktirafan - Jawatan (10%), Personaliti dan Sahsiah (10%). Markah keseluruhan berjumlah 100%.



PROGRAM : BULAN PANITIA BAHASA MALAYSIA

11:58:00 AM
Penyelaras Program : En. Wan Irman bin Wan Hamat
Nama Program: Bulan Panitia Bahasa Malaysia
Tarikh : Februari 2015
Anjuran : Unit Panitia Bahasa Malaysia
Peserta : PRA Sekolah, Tahap 1 dan 2
Tempat : Bilik Darjah dan Tapak Perhimpunan SK Gombak Utara



- Perasmian pelancaran Bulan Panitia Bahasa Malaysia dijalankan pada 9 Februari 2015.
- Objektif Bulan Panitia Bahasa Malaysia ialah :
i) Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan berterusan untuk melahirkan murid yang cemerlang.
ii) Mencungkil bakat murid dalam kemahiran membaca, menulis dan bertutur.

- Antara akiviti yang dijalankan ialah :
1. Membaca Lancar (Tahun 1) - Pn Rozita bt Ab Rahman
2. Pertandingan Ejaan (Tahun 2) - Pn Hamidah bt Ismail
3. Pertandingan Bercerita (Tahun 3) - Pn Nor Suhaila Abd Rahman
4. Jejak Nilai Murni (Tahun 4) - Pn Zalina bt Yaacob
5. Eksplorasi Nilai (Tahun 5) - Pn Jamaliah bt Mohd Nasir
6. Penulisan Kreatif (Tahun 6) - Pn Siti Habsah bt Sujak
7. Tulisan Cantik (Pra Sekolah) - Pn Aini Fazlinda Zainudin
8. Kuiz Lisan BM (Tahun 4,5,6) - Pn Misriah bt Hassan



PROGRAM : ROADRUN SK GOMBAK UTARA 2015

12:45:00 PM
Penyelaras Program : Mohd Kasmidi Nawi
Nama Program : Road Run
Tarikh : 28 Februari 2015
Anjuran : Unit ko-kurikulum
Peserta : 347/529
Tempat : Sekitar Kawasan Sekolah


Progam bermula pada pukul 7.00 pagi dengan pendaftaran murid-murid. Perasmian pada pukul 8.30 pagi oleh En. Sulaiman Bukhari b. Hj Amin. Pelepasan peserta larian pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan murid tahun 6, 5,4. Program tamat pada jam 11.00 pagi.


LADAP : 1 MURID 1 SUKAN

12:36:00 PM
Penyelaras Program : Mohd Kasmidi Nawi (SU Sukan)
Nama Program : LADAP 1 Murid 1 Sukan
Tarikh : 28 Februari 2015
Anjuran : Guru SKGU
Peserta : 55 orang guru
Tempat : Padang SKGU


LADAP bermula pada jam 11.15 pagi, dibahagikan keada 2 kumpulan untuk permainan bola sepak dan ragbi. Bola sepak diketuai oleh En. Wan Irman Wan Hamat. Ragbi pula diketuai oleh En.Zakaria Abdullah. Berakhir pada pukul 1.00 ptg.



PROGRAM : KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 - SIRI I & II

5:21:00 PM

Penyelaras Program : Mohd Azlimi Bin Ab Aziz
Program : Kem Bestari Solat Siri i & ii
Tarikh  : 13 Februari 2015
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam & J-QAF
Peserta :  451 Orang 
Tempat : Dewan Sekolah


Aktiviti bermula pada pukul 2.00 - 6.10 petang. Kem Bestari Solat (KBS) Siri i & ii adalah untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan.

Pelaksanaan aktiviti untuk tahun 1 memfokuskan kepada memperkenalkan anggota wuduk dan menyempurnakan wuduk dengan sempurna. Tahun 2 dan 3 lebih penekanan kepada pengukuhan niat solat, bacaan dalam solat dan amali solat.





Disediakan oleh : Mohd Azlimi Bin Ab Aziz
Jurukamera : En Kasmidi Nawi 
 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA