SUMBANGAN : DEWAN TERBUKA



Penyampaian sumbangan dari NYDP PIBG Sekolah En. Iskandar untuk pembinaan Dewan Terbuka. 

Matlamat pembinaan dewan terbuka di tapak perhimpunan adalah supaya murid-murid SK Gombak Utara tidak lagi terdedah kepada cuaca panas atau hujan ketika berkumpul di tapak perhimpunan. Kehadiran wajib diambil oleh guru pada setiap hari di tapak perhimpunan sebelum sesi persekolahan dimulakan. Sekolah juga dapat menjalankan aktiviti dengan lancar dan tidak tertangguh walaupun keadaan cuaca yang tidak berapa mengizinkan. 

Pihak sekolah amat menghargai sumbangan/tajaan dalam menghulurkan bantuan untuk merealisasikan impian seluruh warga sekolah ini. Keprihatinan dan perhatian didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA