MAJLIS PERPISAHAN GURU PELATIH

Pada 2 September 2016, satu majlis perpisahan telah diadakan bersempena dengan tamatnya tempoh latihan praktikum dua orang guru di SK Gombak Utara. Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada guru-guru pelatih terbabit diatas khidmat cemerlang sepanjang tempoh latihan. 

Kami mendoakan kejayaan mereka di masa akan datang, semoga menjadi guru yang bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja tetapi juga mendidik dan membangun anak bangsa supaya menjadi insan berilmu, berkeyakinan, mempunyai akhlak serta modal yang tinggi lagi terpuji, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progesif, cekal dan berdaya saing. Didoakan juga supaya memiliki personaliti unggul, berkrisma dan berpandangan jauh.



 









Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA