SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2016

8:00:00 AM

Selamat menghadapi peperiksaan buat semua murid khususnya murid tahun 6 SK Gombak Utara. Tetapkan matlamat anda untuk berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang. Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan semangat yang tinggi dan minda yang positif. 


Sedikit tips untuk adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR:
  • Mengulangkaji pelajaran 
  • Jaga pemakanan dan keselamatan
  • Tidur awal dan rehat secukupnya
  • Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
  • Tenang dan percayakan diri sendiri
  • Berdoa dan bertawakal


PROGRAM : LADAP TATATERTIB PENJAWAT AWAM

12:27:00 PM


Pada 27 Ogos 2016, bertempat di Dewan Mesyuarat Bestari SK Gombak Utara, Program Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk Tatatertib Penjawat Awam telah disampaikan oleh penceramah Puan Hamimi Erina bt Rosli (Penolong Pengarah) Unit Tatatertib dan Keutuhan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Program bermula pada pukul 8.30 hingga 11.30 pagi mencapai objektif untuk meningkatkan komitmen, kesedaran dan disiplin warga pendidik.

Berikut adalah sumber dari portal rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, diantara  objektif dan peranan Unit Tatatertib dan Keutuhan adalah :

Unit Tatatertib dan Keutuhan
Objektif
Mewujudkan dan menentukan satu sistem kawalan serta penyelenggaraan kes-kes tatatertib yang berkesan di setiap peringkat pentadbiran Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) bagi membentuk warga berdisiplin, bertanggungjawab dan berintegriti.

Fungsi
  • - Pengurusan tindakan tatatertib/surcaj bagi pegawai JPS. 
  • - Pengurusan rayuan tatatertib/surcaj bagi pegawai JPS. 
  • - Pengurusan permohonan pemilikan tanah dan perisytiharan harta, permohonan melakukan pekerjaan luar, permohonan penglibatan aktif dalam politik dan penerimaan hadiah bagi pegawai JPS.  
  • - Mengendalikan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pemantapan keutuhan pengurusan, peningkatan tadbir urus dan pengurangan karenah birokrasi di JPS.

Tugas Utama

  • - Mengendalikan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pemantapan keutuhan pengurusan, peningkatan tadbir urus dan pengurangan karenah birokrasi di JPS. 
  • - Menyelenggara kes tatatertib/surcaj. 
  • - Menyemak senarai nama pegawai yang diperakukan untuk urusan kenaikan pangkat / pemangkuan / persaraan / melanjutkan pelajaran / penerimaan pingat-pingat darjah kebesaran untuk tujuan tapisan. 
  • - Menyelenggara rayuan tatatertib dan pertimbangan semula surcaj. 
  • - Memproses permohonan pegawai untuk mendapatkan kelulusan melakukan pekerjaan luar. 
  • - Memproses permohonan bergiat aktif dalam politik. 
  • - Memproses permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk memohon memiliki tanah kerajaan. 
  • - Memproses permohonan bagi mendapatkan kelulusan penerimaan hadiah pegawai awam.

PROGRAM : RESTU ILMU DAN SOLAT HAJAT

5:30:00 PM


Sekitar program pada 26 Ogos 2016, program Restu Ilmu dan Solat Hajat serta bacaan Yassin murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Encik Sajoli bin Masdor. Kami mendoakan semoga anda semua memperolah kejayaan yang cemerlang.









 

PROGRAM : CAKNA BAHASA MALAYSIA (PPD BM)

5:14:00 PM



Program Cakna 10 orang murid lemah Bahasa Malaysia khas untuk murid-murid SK Gombak Utara telah diadakan di PKG Gombak pada 23 Ogos 2016. Program tersebut diketuai oleh Pn.Azlina bt Shaari (Penolong PPD BM) telah mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan konteks murid. Diharap program ini dapat membantu dan memupuk potensi semula jadi murid.










PROGRAM : LAWATAN GURU BESAR KE RUMAH MURID

4:56:00 PM

Program Lawatan Guru Besar ke rumah murid yang ponteng di kawasan sekitar pada 22 Ogos 2016, Alhamdulillah, murid menunjukkan perubahan positif dan sudah mula ke sekolah. Diharap program ini dapat memberi kesedaran kepada ibubapa dan penjaga supaya mengambil berat masalah ponteng anak dibawah jagaan.

LAWATAN DARI EN. SULAIMAN (BAPA ANGKAT SEKOLAH)

3:57:00 PM

SK Gombak Utara menerima lawatan En.Sulaiman Bukhari bin Hj.Amir (Ketua Unit Kemanusiaan PPD Gombak) sebagai Bapa Angkat Sekolah. Terima Kasih tuan kerana memberi sokongan, motivasi, nasihat dan panduan untuk pengurusan dan kecemerlangan akademik murid-murid dan sekolah.

PROGRAM : LAWATAN PENGARAH BTP

8:00:00 AM

PKG Gombak dan SK Gombak Utara telah menerima lawatan Pengarah BTP En Zaidi bin Yazid pada 18 Ogos 2016, lawatan berkenaan khidmat bantu Makmal Komputer, FrogVLE dan maklumbalas penggunaan peralatan ICT.

PROGRAM : CERAMAH KEIBUBAPAAN KETIDAKHADIRAN MURID KE SEKOLAH

10:59:00 AM
Penyelaras program : Nuraminah bt Abu Bakar
Tarikh : 13 Ogos 2016
Anjuran : Unit HEM dan Kaunseling dgn kerjasama Pibg
Peserta : Ibu bapa/ penjaga murid ponteng

Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa akan pentingnya peranan mereka bagi memastikan kehadiran anak mereka ke sekolah sekali gus bagi mengurangkan masalah ponteng. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan Petunjuk Prestasi (KPI) Akademik dan Pembangunan Sahsiah diri murid. Diharapkan melalui program ini, masalah ponteng sekolah dapat dikurangkan.





SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2016 : CETUSAN RASA GURU BESAR

10:20:00 AM

HARI KEBANGSAAN 2016 - MALAYSIA #sehatisejiwa

3:55:00 PM
Tema #sehatisejiwa telah dikekalkan dan dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan 2016. Logo dan Lagu Sambutan juga masih dikekalkan bagi tahun 2016 selain turut dikekalkan adalah penggunaan nama ‘Hari Kebangsaan’ sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan.


Bentuk HATI merupakan perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harmoni

BULAN pula adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara  

BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

PETA Malaysia menggambarkan keakraban semua negeri di bawah payung negara.

GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di samping rentetan warna BIRU,MERAH PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia.



Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2016, semoga negara kita Malaysia terus maju, aman dan makmur.

[LIRIK] - Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2016

PROGRAM : PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

7:00:00 AM
Penyelaras Program : Pn. Habshah bt Khamis (Ketua Panitia Sejarah) & Pn. Zalina bt Yaacob (Ketua Panitia Muzik)  
Tarikh : 01 Ogos 2016  
Anjuran : Unit Ko-Kurikulum, Pusat Sumber, Panitia Sejarah, Panitia Pend. Muzik, Panitia Pend. Muzik  
Tempat : Dewan Terbuka SKGU



Objektif :
1. Dapat menanamkan semangat rasa cinta akan negara Malaysia dalam kalangan murid dan warga sekolah melalui pengisian aktiviti kemerdekaan.
2. Dapat menghayati erti kemerdekaan melalui kibaran Jalur Gemilang, nyanyian lagu-lagu Patriotik dan Ikrar Rukun Negara.
3. Dapat memupuk semangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti kemerdekaan ke arah kemajuan bangsa. agama dan negara.

 


SEKITAR JAMUAN HARI RAYA ANJURAN KELAB GURU & STAF

12:51:00 PM




PEDAGOGI HIKMAH : PRAKTIKAL PELAJAR UIA

12:07:00 PM

SK Gombak Utara menerima Tenaga pengajar dari UIA untuk membuat Latihan Praktikal berkenaan
Pedagogi Hikmah. Sesi tersebut dipantau oleh Pemantau dari PPD Gombak dan Guru Besar.



PROGRAM : SUKAN TAHUNAN 2016

12:35:00 PM
Penyelaras Program : En Kasmidi b Nawi
Tarikh : 22 Julai (Sukaneka) 24 Julai 2016
Unit : Ko-Kurikulum  
Peserta : Semua Murid SK Gombak Utara  
Tempat : Stadium UIA Gombak




Kejohanan bermula jam 7.20 pagi - 1 Petang. Penutup kejohanan dirasmikan oleh En Sulaiman Bukhari wakil daripada PPD Gombak. Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah Biru. Diikuti dengan Rumah Merah, Rumah Hijau dan Rumah Kuning.




LAWATAN : PELAJAR TINGKATAN 6 SMK TMN EHSAN

11:56:00 AM
 

SK Gombak Utara menerima lawatan kerja pelajar-pelajar tingkatan 6 dari SMK Taman Ehsan. Terima kasih dan selamat datang ke SK Gombak Utara.
 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA