GAMBAR KENANGAN MURID TAHUN 6 BERSAMA GURU - 2016

3:50:00 PM
Semoga anda semua terus maju jaya dengan segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah guru-guru berikan selama ini. Tingkatkan usaha agar anda makin berjaya.

SEKITAR KARNIVAL PPDA DI SK GOMBAK UTARA 2016

5:33:00 PM
22 Oktober 2016 : SK Gombak Utara adalah antara 3 buah sekolah yang terlibat sebagai salah sebuah tempat pertandingan Karnival PPDa Peringkat Negeri Selangor yang bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Antara acara yang dipertandingkan disini ialah Busking, Boria, Bercerita Sekolah Rendah, Deklemasi Sajak Sekolah Rendah dan Menengah. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru SK Gombak Utara dan kepada semua yang telah berusaha untuk menjayakan Karnival PPDa Peringkat Negeri Selangor.




sila klik dibawah untuk lihat

LAWATAN PENANDA ARAS ANTARABANGSA

4:25:00 PM

14 Oktober 2016 : Lawatan penanda aras antarabangsa SK Gombak Utara dan Sekolah Luar biasa Negeri Cicendo Bandung.

TAHNIAH ADIK NOR FADILAH : JOHAN HAFAZAN KEBANGSAAN

11:08:00 AM
22 Oktober 2016, Seremban : Ucapan setinggi-tinggi Tahniah kepada adik Nor Fadillah bt QamarulHuda (6SETIA) diatas kejayaan di Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) KPM Peringkat Kebangsaan kali ke-42. Adik Nor Fadilah telah dinobatkan sebagai Johan Hafazan (Perempuan) dalam Pertandingan yang telah diadakan di SMKA Sheik Hj Mohd Said, Seremban Negeri Sembilan. 


Murid ini telah mengikuti latihan pusat sebanyak 3 siri. Siri pertama ditemani oleh ustazah Munzelawati bersama jurulatihnya Ustaz Masiswandi pada 4, 5 dan 6 Oktober. Siri kedua pula telah diiringi oleh jurulatihnya sendiri merangkap jurulatih Kebangsaan iaitu ustaz masiswandi dan ustazah Hafizah sebagai peneman pada 10, 11, 12 Oktober. Dan siri ketiga telah ditemani oleh ustazah Syarifah bersama ustaz Masiswandi pada 17, 18 dan 19 Oktober. Ketiga-tiga siri ini telah diadakan di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tun Hisahmuddin, Klang Selangor.
 
Tahniah dan syabas juga buat Ustaz Masiswandi dan guru-guru SK Gombak Utara kerana telah memberikan sepenuh komitmen dan usaha yang berterusan dalam mencungkil bakat serta menggilap murid dan akhirnya mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan. 


Gambar bersama Kontijen Selangor yang merupakan Johan Keseluruhan Acara MTQSS Peringkat Kebangsaan kali ke-42

JOM MERIAHKAN KARNIVAL PPDa 2016 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

1:21:00 PM
 

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan program anjuran Unit Pendidikan Dadah Jabatan Pendidikan Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Gombak dengan kerjasama MZY Skytrue Pro dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial lainnya. 


Semua dijemput hadir, pelbagai acara yang akan dipertandingkan, aktiviti-aktiviti menarik dan permainan disediakan. Jom Hadir ke KARNIVAL PPDa !!

PROGRAM ANJURAN KELAB TITIAN ASLI IIUM : GRAND MEMS

1:01:00 PM
15 OKTOBER : Program 2 hari 1 malam pembelajaran intensif Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains anjuran Kelab Titian Asli IIUM untuk membantu anak-anak orang asli yakin akan kebolehan mereka mencapai kejayaan di dalam pelajaran dan memupuk minat murid ke arah tahap pendidikan yang lebih tinggi. Seramai 38 orang murid orang asli darjah 4 dan 5 dengan 25 orang tenaga pengajar dari IIUM terlibat menjayakan program ini.

Warga SK Gombak Utara mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli Kelab Titian Asli dan IIUM.

MPS : SEMBURAN KABUS BAGI KAWALAN DENGGI

3:19:00 PM
MPS

SKGU 12 Oktober 2016 : Pihak Majlis Perbandaran Selayang telah melakukan semburan kabus (fogging) di SK Bombak Utara bertujuan untuk membunuh nyamuk AEDES dewasa yang membawa Virus agar penyakit Denggi dapat dikawal daripada merebak. Hapus Aedes, Hapus Denggi, Hapus Zika


Sumber : infosihat.gov.my

Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

  • - Demam panas
  • - Sakit kepala
  • - Sakit tulang belakang
  • - Sakit sendi-sendi
  • - Loya dan muntah-muntah
  • - Sakit biji mata
  • - Ruam

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

  • - Mudah lebam
  • - Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • - Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Apakah rawatan untuk demam denggi?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

  • - Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
  • - Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
  • - Membuang bekas yang boleh menakung air
  • - Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
  • - Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • - Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
  • - Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  • - Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  • - Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
  • - Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
  • - Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
  • - Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
  • - Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup




PERKHEMAHAN TAHUNAN : UNIT BERUNIFORM

12:30:00 PM

GOMBAK - Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada tahun ini telah diadakan pada 7 hingga 9 Oktober 2016 bertempat di perkarangan SK Gombak Utara. Perkhemahan yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang bermatlamat untuk memberi pengalaman dan pendedahan asas perkhemahan kepada peserta. Di antara aktiviti yang telah diadakan ialah aktiviti asas perkhemahan, gajet, night walk, senaman setiap pagi, jungle trekking serta mendaki bukit, survival cook, sukaneka, latihan dalam kumpulan, gotong royong dan pertandingan kawad. Program kerohanian juga antara aktiviti yang telah dijalankan untuk membentuk disiplin, akhlak dan nilai murni peserta melalui tazkirah-tazkirah yang disampaikan. 









Secara keseluruhannya, aktiviti yang telah diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, setia kawan, membina jati diri dan nilai kepimpinan peserta.

Terima kasih kepada semua guru terlibat, Urusetia Perkhemahan,YDP PIBG dan semua peserta perkhemahan yang telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SK Gombak Utara 2016.

MAJLIS PERPISAHAN PN. NOOR SOBEHAH BT NORDIN

11:00:00 AM
Majlis perpisahan ringkas telah diadakan untuk menghargai jasa Pn. Sobehah setelah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai pembantu tadbir menguruskan hal perkhidmatan di SK Gombak Utara. Majlis santai bertemakan "warna ungu" diserikan lagi dengan dengan ucapan penghargaan guru besar en. Zulkefli dan ucapan perpisahan Pn. Sobehah.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, kami Warga SK Gombak Utara ingin mengucapkan terima kasih diatas sumbangan sepanjang perkhidmatan. Budi dan jasamu akan dikenang. Semoga ikatan silaturrahim antara kita akan terus terjalin merentasi masa.

SUMBANGAN : PENYERAHAN CEK OLEH SIRIM

5:00:00 PM
YDP
Isnin, 10 Oktober 2016 : Penyerahan Cek sumbangan daripada wakil SIRIM. Penyerahan Cek sumbangan yang berjumlah RM15 ribu telah disampaikan kepada YDP PIBG SK Gombak Utara di SIRIM Shah Alam untuk menampung keperluan prasarana Dewan terbuka sekolah.

PERTANDINGAN : HARI PUTERI PERINGKAT DAERAH GOMBAK 2016

12:59:00 PM

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta Puteri Islam diatas keputusan cemerlang mewakili SK Gombak Utara di pertandingan Hari Puteri Peringkat Daerah Gombak

Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan:
Johan:
Tilawah
Hafazan
Kraftangan
Nasyid

Naib johan:
Masakan
Khat

PROGRAM : SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1438H PERINGKAT SEKOLAH

12:40:00 PM
Jumaat, 7 Oktober 2016 : Program sambutan Maal Hijrah (Hijratul Rasul) peringkat sekolah telah diadakan untuk 2 sesi persekolahan (sesi pagi 7.30 - 10.00 pagi dan sesi petang 2.20 - 4.00ptg) bertempat di dewan terbuka adalah bagi menghayati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah. Tazkirah maal hijrah telah disampaikan oleh Ustaz Masiswandi (sesi pagi) dan Ustaz Azlimi (sesi petang) 




FROGVLE : PENAIKTARAFAN WIDGET KUIZ

10:21:00 AM

Kini terdapat 9 jenis soalan telah disediakan di dalam pelantar VLE. Dengan adanya jenis-jenis soalan yang baharu ini, guru boleh menilai tahap pembelajaran murid-murid dengan pelbagai cara berdasarkan hasil pembelajaran yang dikehendaki.
Jom tonton video yang disediakan oleh pihak FrogAsia ini untuk mengetahui jenis-jenis soalan yang telah disediakan dalam Widget Kuiz FrogVLE sekolah:


TIP #1: MENETAPKAN MARKAH SOALAN

Guru-guru boleh membezakan tahap kesukaran setiap soalan dengan menetapkan markah kepada setiap soalan. Contohnya, soalan menguji Kemahiran Berfikir Aras Rendah boleh diberikan 1 markah. Soalan yang menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi boleh diberikan 5 markah.


TIP #2: MAKLUM BALAS SEGERA

Soalan-soalan boleh disemak secara automatik. Murid-murid boleh mendapat maklum balas serta-merta selepas menjawab soalan-soalan yang diberikan. Ini membolehkan murid-murid untuk mempelajari dan memahami jawapan-jawapan yang telah ditetapkan.

Dengan penaiktarafan Widget kuiz yang baru, semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru dan murid-murid, sekaligus ia dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 



PROGRAM : LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

4:00:00 PM
Pada 5 Oktober 2016 (Rabu), satu latihan kebakaran dan kecemasan peringkat sekolah telah diadakan pada pukul 9.30 pagi (sesi Pagi) dan 4.30 petang (sesi Petang) dengan loceng telah dibunyikan secara berturutan selama beberapa minit.





Antara objektif diadakan latihan kebakaran dan kecemasan ini adalah:
- Untuk mendedahkan warga sekolah terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.

- Supaya warga sekolah sentiasa bersedia dan bertindak dalam keadaan tenang dan teratur.
- Menggunakan laluan kecemasan dan tangga keselamatan yang telah disediakan ke tempat berkumpul.
- Menguji keupayaan serta keberkesanan alatan keselamatan.
- Untuk mengetahui julat masa yang diambil oleh warga sekolah ke tempat berkumpul.



 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA