PROGRAM : KEMPEN BANK KITAR SEMULA 2017

8 Februari 2017 : Program kesedaran Kempen Bank Kitar Semula 2017 bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang keperluan dan kepentingan kitar semula dapat menyelamatkan alam sekitar kerana bahan terbuang akan dikitar semula, dengan ini pencemaran akan dikurangkan . Bahan mentah semulajadi juga akan kurang dilombong dan digunakan kerana bahan buangan sedia ada telah dikitar semula.

Fakta-fakta yang menyokong kitar semula dapat menyelamatkan alam sekitar :
1. Dengan mengitar semula 1 tin aluminium seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.
2. Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum dapat mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok. 
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang.
3. Dengan mengitar semula 1 botol kaca seumpama menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.

Kita haruslah sentiasa bekerjasama untuk memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih dan ceria disamping dapat menambah pendapatan dengan menjual bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Jom Kitar Semula (Reduce Reuse Recycle)

Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA