PERMOHONAN PENDAFTARAN KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2018 DAN 2019

PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2018 DAN 2019 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

Laman Sesawang:
public.moe.gov.my

Tarikh Daftar Online:
1 Mac - 30 April 2017

Tahun Kelahiran:
Sesi persekolahan 2018 - Lahir pada 2 Januari 2011 - 1 Januari 2012
Sesi persekolahan 2019 - Lahir pada 2 Januari 2012 - 1 Januari 2013

Tindakan Ibu/Bapa/Penjaga:
Setelah daftar online, sila hadir ke sekolah untuk perakuan permohonan dan bawa dokumen berikut (asal dan salinan):
1. Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat
2. Kad Pengenalan Ibu, Bapa / Penjaga
3. Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan
4. Surat Cerai Dan Perintah Hak Jagaan Anak (Hadhanah/Custody) jika berkenaan
5. Bil TNB / Syabas (sebagai bukti tempat tinggal)

Nota tambahan: Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari hingga 15 Januari 2012 layak memohon Kemasukan Awal ke Tahun 1 dengan mengemukakan permohonan secara manual ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mulai 1 Jun 2017 hingga 31 Julai 2017.

Share this:

1 comment :

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA