KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA 2017

29 April 2017 : Hari kejohanan Sukan Tahunan dan Sukaneka 2017 peringkat sekolah bertempat di padang SMK Sg Pusu telah dirasmikan oleh en. Sulaiman Bukhari mewakili KPPD Gombak. 

Hari Kejohanan dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat Tahap 1 dan Tahap 2, pembacaan ikrar olahraga, ucapan Tuan Guru Besar en. Abdul Malek bin Mohamed dan ucapan en. Sulaiman Bukhari bin Hj Amir seterusnya merasmikan Hari Kejohanan Sukan Tahunan dan Sukaneka SK Gombak Utara.
klik Album untuk lihat Gambar

Selepas upacara perasmian, hari kejohanan sukan dan sukaneka SK Gombak Utara diteruskan dengan acara balapan, sukaneka dan tarik tali yang turut dipertandingkan.

klik Album untuk lihat Gambar

Kemeriahan hari kejohanan diteruskan lagi dengan acara sukaneka khas untuk ibu-bapa dan guru menjadi medan untuk mempamerkan kehebatan masing-masing.
klik Album untuk lihat Gambar

RUMAH BIRU muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan dan Sukaneka SK Gombak Utara sekali lagi. Tahniah kepada Rumah Biru membawa pulang Piala Pusingan, Pingat dan Hadiah.
klik Album untuk lihat Gambar

Tahniah kepada guru dan juga semua yang terlibat menjayakan Hari Kejohanan ini, membuktikan semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi.
klik Album untuk lihat Gambar



Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA