PROGRAM : 1M4U PUSPANITA KPM 2017 (VIDEO)

10 Ogos 2017, Khamis : Warga SK Gombak Utara merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia memberi sumbangan untuk menceriakan Makmal Komputer, Bilik Kaunseling dan Bilik Rawatan SKGU. Program 1M4U PUSPANITA KPM ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA KPM YBhg Datin Sri Nor Azizah Binti Sulaiman turut dihadiri oleh Guru Besar daerah Gombak, pegawai-pegawai PPD Gombak dan ahli-ahli PUSPANITA.


Semoga keceriaan makmal komputer yang berwajah baru ini dapat dikekalkan dan memberi manfaat selain membantu murid SKGU lebih celik dalam teknologi maklumat yang kini berada di hujung jari. Terima kasih juga kepada semua guru, staf dan yang terlibat untuk menjayakan program ini.

klik album untuk lihat gambar






Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA