PERMOHONAN PENDAFTARAN KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2019 DAN 2020

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2019 DAN 2020 SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR

TARIKH : 01 MAC HINGGA 30 APRIL 2018

Masa : Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi - 4.30 petang)
Tempat : Pejabat Sekolah (untuk serahan dokumen)

Kelahiran pada : 
- 02.01.2012 hingga 01.01.2013 (Sesi persekolahan 2019)
- 02.01.2013 hingga 01.01.2014 (Sesi persekolahan 2020)

Sila bawa bersama :
1. Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat (asal+salinan)
2. Bil Utiliti : cth bil elektrik, bil air (sebagai bukti alamat)
3. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga (asal+salinan)
4. Sijil Nikah/Pendaftaran Perkahwinan/Hak Penjagaan Anak (asal+salinan)
5. Sampul surat bersetem bersaiz 4x9 (115cm x 245cm)

Permohonan boleh diisi melalui pautan aplikasi dalam talian laman sesawang http://public.moe.gov.my

* Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dimohon dalam tempoh 14 hari dengan membawa bersama Cetakan Borang Maklumat Permohonan serta Dokumen Asal + Salinan seperti dalam senarai semak yang disertakan

* Nota tambahan : Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari hingga 15 Januari 2013 layak memohon Kemasukan Awal Kanak-kanak Di Bawah Umur ke Tahun 1. Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mulai 1 Jun 2018. Tarikh tutup permohonan 31 Ogos 2018.

Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA