MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SEMPENA 115 TAHUN

10 Nov 2018 : Majlis Makan Malam Amal Sempena 115 Tahun SK Gombak Utara telah diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi menaik taraf infrastruktur sekolah yang telah berusia 115 tahun. 

    Majlis dimulakan dengan bacaan Doa serta ucapan aluan daripada Guru Besar SK Gombak Utara En Abdul Malek bin Mohamed disusuli ucapan wakil KPPD Gombak En Sulaiman Bukhari b. Hj Amir Penolong PPD Hal Ehwal Murid. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral (B) Dato' Muhammad Bin Yunus. Sebahagian besar jemputan terdiri daripada alumni SKGU yang pastinya mengimbau kenangan manis ketika berada di sekolah dahulu. Turut hadir adalah mantan pentadbir dan guru besar SKGU. Semoga semua alumni SKGU dapat terus membantu sekolah dan PIBG dalam Program yang dilaksanakan. 





Tahniah dan penghargaan kepala semua guru dan staf yang telah menjayakan Majlis Makan Malam Amal SK Gombak Utara Sempena 115 Tahun.



klik untuk lihat album gambar

*video menarik sekitar makan malam amal telah dimuat naik, jangan lupa untuk subscribe laman YouTube SK Gombak Utara DISINI.  

Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA