MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2019

9 OGOS 2019 : Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih’ Majlis Pelancaran program Bulan Kebangsaan telah disempurnakan oleh En Abdul Malek Bin Mohamed, Guru Besar SK Gombak Utara. Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. 
Objektif sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa murid agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.


Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA