#TerimaKasih #StayAtHome #JomBelajar #DigitalLearning


Warga SEGRA mengucapkan Terima Kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi penularan wabak Covid-19. Tahniah dan terima kasih tidak terhingga, andalah wira kami.

Murid-murid SEGRA boleh mengikuti pelbagai saluran pendidikan yang telah disediakan sementara tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini. Antaranya google classroom inisiatif pembelajaran digital yang boleh dirujuk melalui guru kelas masing-masing.

Guru-guru SEGRA tetap komited menjalankan amanah sebagai seorang guru melalui pelbagai pelantar digital dalam talian untuk pembelajaran jarak jauh mengikut kemampuan capaian murid-murid.

Semoga setiap murid dapat meneruskan pembelajaran dengan baik, selaras dengan misi KPM untuk “Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.”

#StayAtHome #JomBelajar #DigitalLearning #GoogleClassroom #TvPendidikan #EduWebTv #KitaMestiMenang #BreakTheChain #StopCovid19 #KitaJagaKita


Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA