Kehadiran syawal terus dirai walau tanpa kehadiran orang-orang tersayang di sisi. Teruskan patuhi PKPB agar kita dapat putuskan rantaian penularan wabak COVID19.
Amalkan norma baharu dan terus patuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan. Patuhi kepada 3S / 3C dan 3W seperti disarankan oleh KKM:
• Elakkan 3S / 3C iaitu:
- elakkan kawasan yang Sesak (Crowded place)
- elakkan kawasan yang Sempit (Confined space)
- elak Sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation)
• Amalkan 3W iaitu:
- kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash)
- sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear)
- dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
1. Elak bersalaman / bersentuhan
2. Amalkan etika batuk dan bersin
3. Lakukan aktiviti disinfeksi
4. Duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya ada urusan penting sahaja
5. Dapatkan rawatan segera
#COVID19 #StayAtHome #KitaMestiMenang
*sumber : KKM, MKN
Post a Comment