SEJARAH PENUBUHAN SK GOMBAK UTARA


SK Gombak Utara mempunyai sejarah penubuhan yang tersendiri. Pada suatu masa dahulu, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Laki-laki Ulu Gombak. Sekolah ini antara sekolah yang tertua di negeri ini dan dibina oleh kerajaan pada awal tahun 1903. Bangunan yang dibina adalah bangunan kayu dan beratap genting.Lokasi sekolah ini terletak di Batu 7, Gombak, Selangor.. Sehingga kini, sekolah ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti 15 bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik guru, kantin, makmal komputer, pusat akses perpustakaan, surau dan pelbagai bilik khas. Sebuah Pusat Kegiatan Guru Gombak juga di bina dalam kawasan SK Gombak Utara bagi menampung pelbagai kegiatan guru di daerah ini. Dewasa ini, SKGU mempunyai 64 orang guru dan 6 orang staf sokongan. Bilangan murid pada tahun 2018 menjangkau 1042 orang termasuk 25 orang murid prasekolah.

Kejayaan paling manis dan bersejarah bagi sekolah ini ialah apabila dianugerahkan Baiah atau Tawaran Baharu Guru Besar pada tahun 2011. Selain itu, pelbagai kejayaan dicapai oleh sekolah ini dalam pelbagai bidang. Lebih bermakna lagi pada tahun 2017, sekolah ini sangat cemerlang dalam Karnival Dakwah Peringkat Kebangsaan apabila 4 daripada 5 murid Orang Asli sekolah ini berjaya menjadi Johan.Selain itu beberapa perubahan terus berlaku di sekolah ini, menerusi kerjasama dengan Puspanita KPM Makmal Komputer telah dibaikpulih dan diceriakan. Bilik guru sekolah ini juga telah dinaik taraf bagi memberi keselesaan dan ruang yang kondusif kepada guru-guru.

Di samping itu pada tahun 2018, tiga buah rumah guru yang terdapat dalam kawasan sekolah telah ditukar fungsi dan dinaik taraf menjadi Bilik Kaunseling, Bilik JQAF dan Bilik Pemulihan yang dikenali sebagai Pondok Ilmu Tn Hj Sajoli dan dirasmikan pada 23 Feb 2018. Menerusi Program Hari Karnival 2018, sejumlah dana telah dikumpulkan bagi menaik taraf lantai Dewan Terbuka SKGU. Pihak sekolah juga telah menerima sumbangan RM 10k daripada YB Tuan Hilman Idham bagi tujuan ini. Pada tanggal 10 Nov 2018 pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam Amal SKGU sempena sambutan 115 tahun sekolah ini. Semoga sekolah ini berjaya meneruskan kelestarianya sebagai sebuah institusi pendidikan yang berjaya pada masa hadapan, InshaAllah..












Mempunyai kemudahan seperti makmal komputer, pusat akses, perpustakaan dan surau. Pusat Kegiatan Guru Gombak juga terletak di kawasan SK Gombak Utara. Mempunyai 75 orang guru dan 7 orang kakitangan sokongan.

Senarai Guru Besar SK Gombak Utara :

  1. Nasar bin Samaran (1975 - 1980)
  2. Abdullah bin Rejab (1980 - 1983)
  3. Hj Masuyar bin Jamarin (1983 - 1986)
  4. Wahidin bin Mohd Ali (1986 - 1987)
  5. Safuan bin Ghazali (1987 - 1990)
  6. Samsudin bin Sidek (1991 - 1993)
  7. Azizah Majid ( memangku ) (1993 - 1995)
  8. Norzalina Idris (1996)
  9. Hj Hamik (2000)
10. Mohd Alwan bin Ginen (2000 - 2003)
11. Al-Zahri bin Mohd Taib (2003 - 2005)
12. SuFatimah bt Nordin (2005 - 2007)
13. Yus Asima bt Man (2008 - 2014)

14. Zulkefli bin Othman (2014 - 2017)
15. Abdul Malek bin Mohamed (2017 - Sekarang)
                              













 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA