AKTIVITI TERKINI

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2021

  Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini sekali lagi akan disambut dengan norma baharu dengan memastikan kepatuhan terhadap prosedur opera...

PROGRAM

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2021

3:46:00 PM

 


Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini sekali lagi akan disambut dengan norma baharu dengan memastikan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penyebaran koronavirus (Covid-19). Jom bersama-sama memeriahkan sambutan hari kebangsaan dan hari malaysia dengan norma baharu, hargailah perjuangan pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara.



SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1442H/2021M

6:30:00 PM

Kami doakan agar sambutan Hari Raya Aidiladha kita semua ini dapat meningkatkan kesyukuran serta kasih sayang sesama insan. Kekal patuhi SOP dan amalkan norma baharu kehidupan. #kitajagakita 

SELAMAT MENJALANI PdPR SECARA NORMA BAHARU

11:26:00 AM


KUALA LUMPUR: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 25 hari persekolahan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan negeri masing-masing.

Pembukaan sekolah pada 13 Jun membabitkan negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pada 14 Jun pula membabitkan negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ketetapan yang berkuat kuasa hari ini bukan saja merangkumi sekolah kerajaan, malah turut membabitkan sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang mendaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau berkata, sekolah berkenaan perlu melaksanakan PdPR sepanjang tempoh ditetapkan berdasarkan takwim masing-masing. 

"Kita sedia maklum waktu ini sekolah dalam cuti pertengahan tahun dan sesi persekolahan berikutnya mengikut takwim akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk negeri kumpulan B.

"Kemudian murid akan mengikuti PdPR selama 25 hari persekolahan sehingga cuti berikutnya iaitu cuti pertengahan penggal bermula pada 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri kumpulan B. 

"Dari tarikh itu bermula cuti pertengahan penggal sehingga 26 Julai untuk negeri kumpulan B dan 25 Julai untuk negeri kumpulan A.

"Jadi itulah takwim atau jadual penggal persekolahan yang ada dan berkuat kuasa pada hari ini," katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Radzi berkata, KPM akan membuat pengumuman lebih awal iaitu seminggu sebelum sesi persekolahan bermula bagi setiap cuti pertengahan penggal.

"Ramai yang akan bertanya apa akan berlaku selanjutnya selepas ini iaitu selepas berakhirnya sesi cuti pertengahan penggal itu.

"Jadi, KPM akan memaklumkan kepada ibu bapa dan murid sekurang-kurangnya seminggu sebelum persekolahan bermula mengenai pendekatan selanjutnya berdasarkan situasi pada waktu itu," katanya.


*sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/824767/pdpr-selama-25-hari-bermula-13-14-jun

TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

4:24:00 PM


Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.


Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
-  Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
-  Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
-  Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
-  Komitmen komuniti yang padu


Matlamat dan Teras TS25

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
-  Memantapkan kepimpinan sekolah
-  Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
-  Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid

Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
-  Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
-  Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
-  Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
-  Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
-  Komitmen komuniti yang padu.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1442H

4:30:00 PM

Amalkan norma baharu dan terus patuhi SOP yang telah ditetapkan. Patuhi kepada 3S/3C dan 3W seperti disarankan oleh KKM:

• Elakkan 3S / 3C iaitu:
- elakkan kawasan yang Sesak (Crowded place)
- elakkan kawasan yang Sempit (Confined space)
- elak Sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation)

• Amalkan 3W iaitu:
- kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash)
- sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear)
- dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

1. Elak bersalaman / bersentuhan
2. Amalkan etika batuk dan bersin
3. Lakukan aktiviti disinfeksi
4. Duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya ada urusan penting sahaja
5. Dapatkan rawatan segera jika bergejala

#COVID19 #KitaJagaKita #KitaMestiMenang

*sumber : KKM, MKN

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2020

9:45:00 AM




Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini akan disambut dengan norma baharu bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan pandemik koronavirus (Covid-19) dipatuhi. Jom bersama-sama memeriahkan sambutan hari kebangsaan dengan norma baharu, hargailah perjuangan pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara.




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1441H/2020M

3:18:00 PM

Semoga sambutan Hari Raya Aidiladha ini dapat meningkatkan kesyukuran dan dapat mengeratkan hubungan persaudaraan serta kasih sayang sesama insan. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

3:29:00 PM


Selamat kembali ke sekolah murid-murid SEGRA, berikut dikongsi pesanan dari KKM mengenai pengamalan norma baharu di sekolah. Semoga kita semua dapat mengikuti panduan dan SOP yang disediakan dengan baik demi kesejahteraan dan keselamatan semua.
 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA