PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TAHUN SATU SESI 2017 DAN 2018

Permohonan Pendaftaran Kemasukan Kanak-Kanak (Warganegara) ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2017 dan 2018 Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Selangor secara atas talian (ONLINE)
Laman Sesawang :


Tarikh Daftar Online :
1 Mac - 30 April 2016

Tahun Kelahiran :
Sesi persekolahan 2017
* Lahir pada 2 Jan 2010 - 1 Jan 2011

Sesi persekolahan 2018
* Lahir pada 2 Jan 2011 - 1 Jan 2012


Tindakan Ibu/Bapa/Penjaga : Setelah daftar online, sila hadir ke sekolah untuk perakuan permohonan dan bawa dokumen berikut (asal dan salinan) :
1. Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat
2. Kad Pengenalan ibu dan bapa/penjaga
3. Sijil nikah / sijil daftar perkahwinan
4. Surat cerai dan perintah Hak Jagaan Anak (Hadhanah/custody) jika berkenaan
5. Bil TNB atau Bil Syabas (sebagai bukti tempat tinggal)

Nota tambahan:
* Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari hingga 15 Januari 2011 layak memohon Kemasukan Awal ke Tahun 1 dengan mengemukakan permohonan secara manual ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mulai 1 Jun 2016 hingga 31 Julai 2016.


Share this:

Post a Comment

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA