PROGRAM : SUKAN TAHUNAN SKGU 2015

5:45:00 PM
Penyelaras Program : En Kasmidi b Nawi
Tarikh : 24 Mei 2015
Unit : Ko-Kurikulum
Peserta : Murid Tahap 2
Tempat : Stadium UIA




Kejohanan bermula jam 7.20 pagi - 1 Petang. Penutup kejohanan dirasmikan oleh En Sulaiman Bukhari wakil daripada PPD Gombak. Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah Biru. Diikuti Rumah Kuning, Rumah Merah dan Rumah Hijau.




PROGRAM : SUKANEKA TAHAP 1

5:17:00 PM
Penyelaras Program : En. Kasmidi bin Nawi
Tarikh : 22 Mei 2015
Anjuran : Unit Ko-Kurikulum
Peserta : Semua murid tahap 1
Tempat : Kawasan Padang SK Gombak Utara


Kejohanan sukaneka berjalan dengan lancar bermula jam 2.30 petang sehingga 6.00 petang dan dirasmikan oleh En Helmi b. Ibrahim, penasihat Taman Sejati Gombak. Piala pusingan kejohanan sukaneka 2015 dimiliki oleh Rumah Merah.




SEKITAR MAJLIS PERSARAAN PN NORAINI

4:34:00 PM
Anjuran : Kelab Staff SKGU
Tarikh : 07 April 2015
Tempat : Dewan SKGU


Disinilah destinasi terakhir sebelum menamatkan perkhidmatan beliau pada usia 57 tahun. Sikap keprihatinannya terhadap rakan-rakan sekerja amat disenangi oleh kakitangan pejabat dan guru-guru. Beliau sentiasa ikhlas menjalankan tugasnya dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu, kerjnya amat teratur dan kemas. Pn Noraini binti Kasim atau lebih mesra dengan panggilan kak Ani, selamat beristirahat setelah mencurah segala-gala semoga beroleh keredhaan-Nya 





SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU DI SK GOMBAK UTARA 2015

4:09:00 PM





LAWATAN : KIDZANIA KUALA LUMPUR

5:37:00 PM
Penyelaras Program : Pn. Nuraminah bt Abu Bakar
Nama Program : Lawatan Kerjaya Ke KIDZANIA Kuala Lumpur
Tarikh : 25 Mac 2015
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling
Peserta : Murid Tahun 3,4,5 dan 6 (80 orang)
Tempat : KIDZANIA Kuala Lumpur


Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan tentang alam kerjaya sebenar dan menarik minat murid supaya belajar bersungguh-sungguh demi mencapai bidang kerjaya pilihan mereka pada masa akan datang. Murid telah mendapat banyak input berguna tentang pelbagai jenis kerjaya (lebih 90 jenis pekerjaan)  yang terdapat di sana. Murid teruja dan gembira sepanjang aktiviti di sana.



PROGRAM : PERJUMPAAN IBU BAPA / MURID ORANG ASLI

5:37:00 PM
Penyelaras Program : Pn. Nuraminah bt Abu Bakar
Nama Program : Perjumpaan Ibu Bapa dan Murid Orang Asli
Tarikh : 28 Mac 2015
Anjuran : PIBG dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kaunseling
Peserta : Ibu Bapa dan Murid Orang Asli
Tempat : Pusat Kegiatan Guru dan Dewan SK Gombak Utara




Program ini bertujuan agar ibu bapa orang asli lebih prihatin dan mengambil tahu perkembangan anak mereka dan juga memberi semangat kepada murid asli itu sendiri agar minat belajar, rajin hadir ke sekolah seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. En. Abdul Jamil bin Sulaiman dari Institut Aminuddin Baki telah memberi ceramah Kepentingan Pelajaran dan Peranan Ibu Bapa kepada ibu bapa murid orang asli. Perbentangan kehadiran semua murid orang asli oleh Pn.Zainab (Penolong Kanan HEM) dan Pn.Nuraminah (Guru Bimbingan dan Kaunseling). Aktiviti murid orang asli dibantu oleh guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Pemulihan dan Guru kelas murid orang asli.



KEJOHANAN RAGBI SMSS7 B-12 2015

11:42:00 AM
Penyelaras Program : En Zakaria Abdullah
Tarikh : 2 dan 3 Mei 2015
Anjuran : Sek Men Sains Selangor
Peserta : 12 orang B-12
Tempat : Padang Ragbi SM Teknik Kuala Lumpur


Kejohanan Ragbi SMSS7 edisi ke-23 anjuran Sek Men Sains Selangor kategori B-12 disertai 6 pasukan bertanding. Antaranya kelab ragbi tempatan dan antarabangsa. SK Gmbak Utara berjaya melepasi pusingan pertama berada di kedudukan ke 4, bagaimanapun terkandas dipusingan kedua untuk ke separuh akhir. Tahniah kepada pemain yang menunjukkan mutu permainan yang baik dengan memberikan tentangan sengit di setiap perlawanan.



KURSUS : PENGURUSAN MAJLIS (PENGACARAAN) & PENGURUSAN FAIL PANITIA DAN PENGURUSAN STRATEGIK

1:20:00 PM
Penyelaras Program : Pn. Salmi bt Sapaie
Tarikh : 18 April 2015
Anjuran :Unit Kurikulum Latihan Dalam Perkhidmatan
Peserta : Semua guru
Tempat : PKG Gombak


Kursus Pengurusan Majlis diadakan bagi membantu para guru bagaimana mengendalikan sesuatu majlis dan teks yang sesuai bagi pengacara majlis untuk majlis rasmi atau tidak rasmi selain mencungkil bakat-bakat para guru untuk menjadi pengacara majlis. Kursus Pengurusan Fail Panatia dan  Pengurusan Strategik diadakan untuk mendedahkan kepada para guru tentang pengurusan fail dan pengurusan strategik yang betul dan teratur.

 
Ceramah kursus pengurusan majlis telah disampaikan oleh En. Mohd Faizullah bin Buyong, Guru Besar SK Taman Setia dan penceramah bagi pengurusan fail dan strategik disampaikan oleh Pn. Siti Azlina bt Saari Penolong PPD Bahasa Melayu Menengah PPD Gombak. 


KARNIVAL SUKAN PERMAINAN PRASEKOLAH FUTSAL & BOLA JARING DAERAH GOMBAK 2015

10:27:00 AM
Tarikh : 27 - 30 April 2015
Anjuran : Unit Prasekolah, PPD Gombak
Peserta : 7 orang murid prasekolah
Tempat : NPNG Sport Centre


Pasukan futsal prasekolah SK Gombak Utara layak ke peringkat akhir bertemu dengan SK Sg Buloh. Sk Gombak Utara menjadi johan dengan kemenangan sepakan penalti 2-1. Dua orang murid terpilih untuk mewakili daerah gombak ke pertandingan funball and smartkick prasekolah negeri 2015 iaitu Azril Harris bin Fadzil dan Muhammad Afif Ikhwan bin Mat Razid. Tahniah diucapkan kepada murid-murid dan guru-guru.





PROGRAM : MIIT'S ATTACK

1:59:00 PM
Penyelaras program : Muhammad Azan bin Ab Aziz (UniKL)
Tarikh : 18 April 2015
Anjuran : Universiti Kuala Lumpur
Peserta : 51 Orang



Seramai 48 orang pelajar dari UNIKL membimbing murid dalam program ini. Murid-murid dibahagi kepada beberapa kumpulan, antara aktiviti yang dijalankan:
1) Projek menggunakan Microsoft Power Point
2) Spelling Bee
3) Multiply by three
4) 3D card Origami
5) Train Bullet
6) Game Broken Phone
7) Explore Race

Objektif program:
1) Memperkenalkan kepada murid cara menggunakan Microsoft Power Point
2) Belajar bahasa Inggeris secara interaktif





PROGRAM : MINGGU PANITIA BAHASA INGGERIS 2015

12:52:00 PM
Penyelaras Program : Pn. Fadzilah Mohd Kamal
Tarikh : 13 April 2015
Anjuran : Panitia Bahasa Inggeris
Peserta : Semua murid SK Gombak Utara



Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan semua murid dalam berbahasa inggeris. Setiap murid perlu menyertai aktiviti dalam pertandingan di sepanjang miggu tersebut. Hadiah akan diberikan kepada setiap pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kelas.






BENGKEL : TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK 2015

12:46:00 PM
Penyelaras : Pn Salwani bt Wan Muhamud
Nama Program : Bengkel Teknik Menjawab Matematik 2015 Sesi Pertama
Tarikh : 18 April 2015
Anjuran : Panitia Matematik
Peserta : 141 orang
Tempat : Dewan SK Gombak Utara



Penyertaan murid Tahun 6 seramai 141 orang dengan 29 murid tidak hadir. Bengkel bermula pada pukul 8.00 pagi dan rehat pada pukul 10.00 pagi. Bengkel diteruskan pada pukul 10.30 hingga 12.30 tengahari. Teknik menjawab siri pertama ini adalah lebih kepada Matematik kertas 2. Semua murid dapat memberi tumpuan yang baik. program ini berjalan lancar dan menepati masa yang telah ditetapkan.




PROGRAM : PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA PENJAGA KELAS BINTANG MALAM

12:29:00 PM
Penyelaras Program : Pn Norziana Khori
Tarikh : 17 April 2015
Anjuran : Unit Bimbingan Kaunseling, Kurikulum Dan PIBG SKGU
Peserta : 45 Orang (Tahun 6)
Tempat : Surau Dan Kantin SKGU



Program ini bermula pada jam 7.20 malam, seramai 70 orang ibu bapa serta 20 orang guru bersama 7 orang AJK PIBG menyertai program ini. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan surah yasin dan solat isyak berjemaah. Pada pukul 9.10 malam semua ibubapa / penjaga dan guru serta AJK PIBG berkumpul di kantin sekolah untuk taklimat program oleh penyelaras tahun 6, ucapan guru besar dan ucapan YDP PIBG. Sebelum bersurai, semua tetamu dijemput untuk menjamu selera.



 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA