PROGRAM

Showing posts with label Sukaneka. Show all posts
Showing posts with label Sukaneka. Show all posts

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA TAHAP 1 & PRASEKOLAH 2019

10:59:00 AM
13 APRIL 2019 : Hari Kejohanan Sukan Tahunan Dan Sukaneka Tahap 1 & Prasekolah 2019 SK Gombak Utara bertempat di padang SMK Sg Pusu telah dirasmikan oleh En. Yasir Asraf bin Noordin (Penolong PPD ICT PPD Gombak). Kejohanan dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat Tahap 1 dan Tahap 2, pembacaan ikrar olahraga, ucapan Tuan Guru Besar En. Abdul Malek bin Mohamed dan ucapan En. Yasir Asraf bin Noordin seterusnya merasmikan Hari Kejohanan.



(klik album untuk lihat gambar)

Tahniah!! Juara bertahan RUMAH MAT KILAU (MERAH) telah muncul juara keseluruhan sekali lagi bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Gombak Utara 2019 membawa pulang Piala Pusingan, Pingat dan Hadiah.


Tahniah dan Terima Kasih juga kepada guru, staf, sukarelawan unikl dan juga semua yang terlibat menjayakan Hari Kejohanan ini dengan semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi.

KEJOHANAN OLAHRAGA & SUKAN TAHAP 1 SK GOMBAK UTARA 2018

12:15:00 PM
15 APRIL 2018 : Hari Kejohanan Olahraga Dan Sukan Tahap 1 SK Gombak Utara 2018 bertempat di padang SMK Sg Pusu telah dirasmikan oleh En. Sulaiman Bukhari bin Hj Amir (Penolong PPD Hal Ehwal Murid PPD Gombak). Kejohanan dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat Tahap 1 dan Tahap 2, pembacaan ikrar olahraga, ucapan Tuan Guru Besar En. Abdul Malek bin Mohamed dan ucapan En. Sulaiman Bukhari bin Hj Amir seterusnya merasmikan Hari Kejohanan.

klik unuk lihat gambar

Tahniah!! RUMAH MERAH telah muncul juara keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Dan Sukan Tahap 1 SK Gombak Utara 2018 membawa pulang Piala Pusingan, Pingat dan Hadiah.


Tahniah dan Terima Kasih kepada guru dan juga semua yang terlibat menjayakan Hari Kejohanan ini dengan semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA 2017

5:53:00 PM
29 April 2017 : Hari kejohanan Sukan Tahunan dan Sukaneka 2017 peringkat sekolah bertempat di padang SMK Sg Pusu telah dirasmikan oleh en. Sulaiman Bukhari mewakili KPPD Gombak. 

Hari Kejohanan dimulakan dengan Perbarisan Lintas Hormat Tahap 1 dan Tahap 2, pembacaan ikrar olahraga, ucapan Tuan Guru Besar en. Abdul Malek bin Mohamed dan ucapan en. Sulaiman Bukhari bin Hj Amir seterusnya merasmikan Hari Kejohanan Sukan Tahunan dan Sukaneka SK Gombak Utara.
klik Album untuk lihat Gambar

Selepas upacara perasmian, hari kejohanan sukan dan sukaneka SK Gombak Utara diteruskan dengan acara balapan, sukaneka dan tarik tali yang turut dipertandingkan.

klik Album untuk lihat Gambar

Kemeriahan hari kejohanan diteruskan lagi dengan acara sukaneka khas untuk ibu-bapa dan guru menjadi medan untuk mempamerkan kehebatan masing-masing.
klik Album untuk lihat Gambar

RUMAH BIRU muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan dan Sukaneka SK Gombak Utara sekali lagi. Tahniah kepada Rumah Biru membawa pulang Piala Pusingan, Pingat dan Hadiah.
klik Album untuk lihat Gambar

Tahniah kepada guru dan juga semua yang terlibat menjayakan Hari Kejohanan ini, membuktikan semangat kerjasama dan kesukanan yang tinggi.
klik Album untuk lihat Gambar



JEMPUTAN KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA : 29 APRIL 2017

1:45:00 PM
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan dan Sukaneka pada 29 April 2017 bertempat di Padang SMK Sg Pusu. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk memeriahkan lagi kejohanan tersebut.



PROGRAM : SUKAN TAHUNAN 2016

12:35:00 PM
Penyelaras Program : En Kasmidi b Nawi
Tarikh : 22 Julai (Sukaneka) 24 Julai 2016
Unit : Ko-Kurikulum  
Peserta : Semua Murid SK Gombak Utara  
Tempat : Stadium UIA Gombak




Kejohanan bermula jam 7.20 pagi - 1 Petang. Penutup kejohanan dirasmikan oleh En Sulaiman Bukhari wakil daripada PPD Gombak. Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah Biru. Diikuti dengan Rumah Merah, Rumah Hijau dan Rumah Kuning.




PROGRAM : SUKANEKA TAHAP 1

5:17:00 PM
Penyelaras Program : En. Kasmidi bin Nawi
Tarikh : 22 Mei 2015
Anjuran : Unit Ko-Kurikulum
Peserta : Semua murid tahap 1
Tempat : Kawasan Padang SK Gombak Utara


Kejohanan sukaneka berjalan dengan lancar bermula jam 2.30 petang sehingga 6.00 petang dan dirasmikan oleh En Helmi b. Ibrahim, penasihat Taman Sejati Gombak. Piala pusingan kejohanan sukaneka 2015 dimiliki oleh Rumah Merah.




Sekitar Sukaneka SKGU 2013

1:04:00 PM


































  

 
HAKCIPTA © | PENAFIAN | DASAR KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | SK GOMBAK UTARA | Designed by OddThemes | NMA